28 August 2009

Kapten (B) Halim Abd Hamid kembali ke Rahmatullah



Bekas Pengadil FIFA, Kapten (B) Halim Abd Hamid telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 27hb Ogos 2009 jam 9.20 malam di Hospital Kangar, Perlis.

Allahyarham pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas Piala Dunia di Perancis pada tahun 1998 selaku Pembantu Pengadil.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan panjangkan doa semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH.....

19 August 2009

Piala Tun Sambanthan 2009

Perlawanan akhir Piala Tun Sambanthan telah berlangsung pada 15hb Ogos 2009 di Stadium Perak, Ipoh pada jam 7.30pm. Perlawanan akhir ini telah menemukan pasukan Ipoh Friday 'B' dan KSR Tasek.

Perlawanan ini telah berlarutan sehingga sepakan dari tanda penalti yang mana pasukan Ipoh Friday 'B' telah menewaskan pasukan KSR Tasek dengan keputusan 4-2.
Kedua-dua pasukan telah mempamerkan permainan yang begitu baik sekali dan berbalas serangan namun sehingga tamat perlawanan tiada gol yang dijaringkan. Dalam masa tambahan juga kedua-dua pasukan gagal untuk menjaringkan gol.

Antara pegawai-pegawai perlawanan yang bertugas adalah :
Pengadil : Sew Tian Hu
Penolong Pengadil 1 : Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
Penolong Pengadil 2 : Ali Bin Che Ahmad
Pegawai Keempat : Asmadi Bin Noor Hasni
Penilai Pengadil : Mohd Jamil Zakaria





































18 August 2009

Kursus Potensi FIFA 2009



Kursus Potensi FIFA 2009 telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 9hb Ogos 2009 hingga 14hb Ogos 2009. Seramai 30 orang pengadil dari seluruh Malaysia telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut. Wakil daripada Negeri Perak adalah seramai 4orang iaitu saudara Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian, saudara Asmadi Bin Noor Hasni, saudara Mohd Shahril Bin Abu Samam dan saudara Ramli Bin Wahid.

Manakala Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen dan saudara Mohd Jamil Bin Zakaria juga telah mengikuti kursus tersebut sebagai juru arah tempatan.

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh juru arah daripada FIFA iaitu Encik Azimi Bin Abdullah, Encik Ahmad Khalidi Bin Supian dari Malaysia dan Mr. Noboru Ishiyama dari Jepun.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah terpilih mengikuti kursus tersebut.