10 August 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Ipohref mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang melayari blog ini. Di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama menunaikan amalan dan ibadat dengan penuh keikhlasan hati dan tawaduk.

02 August 2010

Futsal MAKSAK Perak 2010

Pada 31hb Julai 2010 telah berlangsungnya kejohanan Futsal MAKSAK Perak 2010 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Kejohanan kali ini telah disertai sebanyak 16 pasukan dari pelbagai jabatan.

Pada edisi kali ini pasukan Universiti Pendididkan Sultan Idris (UPSI) telah muncul sebagai johan manakala pasukan Jabatan Hutan telah muncul sebagai naib juara. Bagi tempat ketiga dan keempat dikongsi bersama oleh pasukan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Majlis Perbandaran Teluk Intan(MPTI).

Pengadil-pengadil yang telah dilantik bagi kejohanan ini adalah:

01. Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
02. Muhamad Erwan Bin Othman


03. Badrul Ashraf Bin Abu Bakar
04. Nursulastry Bin Saaidin


05. Ahmad Termizi Bin Alias
06. Zulfa Bin Arnis Marah Sutan

Mohd Rossli Bin Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Penilai Pengadil pada kejohanan tersebut.

Taklimat sebelum bermulanya oleh kejohanan


Sepanjang kejohanan

































Pasukan UPSI dan Jabatan Hutan pada perlawanan akhir