27 April 2010

Kursus Undang-Undang Futsal



Pada 24hb April 2010 hingga 25hb April 2010 Persatuan Pengadil Bolasepak Perak telah menganjurkan Kursus Undang-Undang Futsal bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS), Seri Manjung.

Persatuan Pengadil Bolasepak Ipoh telah menghantar seramai 4 orang ahlinya untuk mengikuti kursus ini iaitu Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian, Syed Nazaruddin Bin Syed Mohamed Taib, Elisha Jok dan Wally @ Boy Bin Mutang.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Saminathan Marimuthu. Beliau adalah seorang juru arah futsal di FAM dan AFC. Encik Saminathan telah dibantu oleh saudara Ajam Bin Suhud, saudara Noor Anuar Bin Abdullah Shani dan M. Selvadorai. Kursus ini telah dihadiri seramai 28 orang peserta.

Semasa sessi kelas












Minum petang selepas sessi teori


Contoh permukaan gelanggang futsal


Sessi praktikal telah diadakan di Manjung Point 3 Futsal Centre pada 25hb April 2010 jam 8.00 pagi

























Sewaktu sessi soal jawab












Majlis penutup serta penyampaian sijil dan cenderamata
















29 March 2010

Program Latihan Kecergasan Pertama


Instruktor Kecergasan Pengadil bagi Negeri Perak
(Noor Anuar Bin Abdullah Shani dan Krishnan A/L Ramachandran)

Program Kecergasan Pengadil yang pertama bagi Negeri Perak telah diadakan pada 28hb Mac 2010 bertempat di Padang Ipoh, Ipoh. Seramai 18 orang pengadil telah mengikuti program tersebut.

Program tersebut telah dikendalikan oleh saudara Noor Anuar Bin Abdullah Shani dan Krishnan A/L Ramachandran. Mereka merupakan Instruktor Kecergasan bagi Negeri Perak yang telah dilantik oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)untuk memberi tunjuk ajar kepada pengadil-pengadil di negeri Perak cara latihan yang sebenarnya untuk menghadapi ujian kecergasan dan sentiasa memastikan tahap kecergasan berada di tahap yang baik.

Mereka juga telah dibantu oleh Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen (Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Perak) dan Haji Abdul Samat Bin Alang Yasin (Penilai Pengadil Negeri Perak ).

Berikut adalah beberapa gambar semasa program tersebut dijalankan :

Sessi taklimat



Taklimat yang disampaikan oleh Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen


Taklimat yang disampaikan oleh Krishnan A/L Ramachandran




Walaupun kaki masih bersimen, saudara Saiful Baharin Bin Hassan tetap juga turun padang untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan

Sessi latihan di padang