21 October 2010

Selamat Menunaikan Ibadat Haji



Tahniah diucapkan kepada Cikgu Amir Sharifuddin Wong Abdullah dan isteri kerana hasrat untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini tercapai. Beliau akan berangkat ke tanah suci pada 24hb Oktober 2010.

Ipohref dan seluruh keluarga Persatuan Pengadil Bolasepak Ipoh mengucapkan selamat berangkat dan kembali dan juga selamat menunaikan ibadat haji. Mudah-mudahan segala perjalanan, urusan dan amal ibadat akan dipermudahkan dan diberkati olehNYA.

AMIN...

23 September 2010

Perjumpaan Setiausaha Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Daerah dan Pengadil Kebangsaan

Adalah dimaklumkan bahawa Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Negeri Perak, Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen akan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Bolasepak Daerah dan Pengadil Kebangsaan Negeri Perak pada tarikh, masa dan tempat seperti butiran berikut :

Tarikh : 25hb September 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Pejabat Persatuan Bolasepak Perak
Masa : 2.30 petang

Kepada sesiapa yang terlibat harap dapat hadir pada perjumpaan tersebut. Dipohon kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat memberitahu kepada rakan-rakan yang belum mengetahui lagi. Harap maklum.

HAJI ANUAR SALIM BIN ABDUL MOEN
PEGAWAI PEMBANGUNAN PENGADIL BOLASEPAK NEGERI PERAK
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGADIL BOLASEPAK NEGERI PERAK

07 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431



Ipohref ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri Ipohref dan juga kepada yang melayari blog ini. Ipohref memohon seribu kemaafan daripada semua sekiranya ada yang tersinggung dengan perbuatan, tingkah laku dan tutur kata Ipohref selama ini.
Maaf Zahir dan Batin..

Is he blind...?

The Bastard in Black

The Bastard in Black
This referee seems to be completely blind!
JavaScript is disabled! To display this content, you need a JavaScript...

06 September 2010

Peperiksaan Pengadil Kelas II FAM 2010

Adalah dimaklumkan bahawa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan peperiksaan bertulis Pengadil Kelas II FAM bagi tahun 2010 pada 24hb Oktober 2010 (Ahad)secara serentak di tiga pusat peperiksaan iaitu di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, calon-calon yang layak untuk menduduki peperiksaan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

a. Umur kurang dari 35 tahun pada 1hb Januari 2010.

b. Walau bagaimanapun calon yang berumur lebih daripada 35 tahun dan kurang dari 40 tahun boleh mengambil peperiksaan tersebut tetapi tertakluk kepada keperluan dan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia.

c. Lulus minima peperiksaan bertulis pengadil Kelas III FAM pada tahun 2009 atau sebelumnya dan mestilah aktif diperingkat negeri.

d. Yuran peperiksaan berjumlah RM50.00 bagi setiap calon hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri sebelum 5hb Oktober 2010

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen di talian 019-408 2626 atau Encik Mohd Jamil Bin Zakaria di talian 019-559 0426.

10 August 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Ipohref mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang melayari blog ini. Di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama menunaikan amalan dan ibadat dengan penuh keikhlasan hati dan tawaduk.

02 August 2010

Futsal MAKSAK Perak 2010

Pada 31hb Julai 2010 telah berlangsungnya kejohanan Futsal MAKSAK Perak 2010 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. Kejohanan kali ini telah disertai sebanyak 16 pasukan dari pelbagai jabatan.

Pada edisi kali ini pasukan Universiti Pendididkan Sultan Idris (UPSI) telah muncul sebagai johan manakala pasukan Jabatan Hutan telah muncul sebagai naib juara. Bagi tempat ketiga dan keempat dikongsi bersama oleh pasukan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dan Majlis Perbandaran Teluk Intan(MPTI).

Pengadil-pengadil yang telah dilantik bagi kejohanan ini adalah:

01. Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
02. Muhamad Erwan Bin Othman


03. Badrul Ashraf Bin Abu Bakar
04. Nursulastry Bin Saaidin


05. Ahmad Termizi Bin Alias
06. Zulfa Bin Arnis Marah Sutan

Mohd Rossli Bin Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Penilai Pengadil pada kejohanan tersebut.

Taklimat sebelum bermulanya oleh kejohanan


Sepanjang kejohanan

































Pasukan UPSI dan Jabatan Hutan pada perlawanan akhir