21 December 2009

Ipoh City Veteran 2009



Pada 19hb hingga 20hb Disember 2009, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan kejohanan Ipoh City Veteran edisi ke-6 di Padang Ipoh, Ipoh. Kejohanan ini merupakan acara tahunan bagi kalendar MBI setiap tahun.

Kejohanan ini telah diasaskan oleh bekas Datuk Bandar Ipoh iaitu Dato' Hassan Nawawi pada tahun 2004. Pada asalnya kejohanan ini dikenali dengan nama Ipoh City International Veteran kerana kejohanan ini telah disertai oleh pasukan-pasukan daripada luar negara seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong.

Namun lama kelamaan penyertaan daripada pasukan-pasukan dari luar negara semakin berkurangan maka pihak MBI telah mengubah nama kejohanan tersebut kepada Ipoh City Veteran bermula pada tahun ini.

Walaupun kejohanan tersebut berlangsung di dalam keadaan cuaca mendung dan hujan gerimis namun ia sesekali tidak mencacatkan perjalanan kejohanan tersebut. Malah kejohanan tersebut berjalan dengan begitu baik sekali.

Perlawanan akhir telah menemukan antara pasukan Laila Rawas FC dengan pasukan Majlis Perbandaran Kajang. Pasukan Laila Rawas FC telah menjadi johan bagi edisi ke-6 dengan menumpaskan pasukan Majlis Perbandaran Kajang melalui sepakan penalti.

Kejohanan tersebut telah diadili oleh pengadil-pengadil dari Perak FA seramai 10 orang iaitu :
1) Abdul Halim Bin Mohd Ramlan
2) Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
3) Asmadi Bin Noor Hasni
4) Maswari Bin Mislam
5) Mohamad Erwan Bin Othman
6) Mohd Abdul Suki Bin Said
7) Mohd Shahril Bin Abu Seman
8) Ramli Bin Wahid
9) Rosdi Bin Shaharul
10)Saiful Baharin Bin Hassan

Manakala Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen dan Mohd Rossli Bin Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Pegawai Teknilkal Pengadil.

Taklimat kepada pengadil sebelum perlawanan bermula




Aksi-aksi semasa kejohanan berlangsung



































Petugas di bahagian teknikal dan pendaftaran



















09 December 2009

Piala Bardhan (05/12/2009)



Perlawanan Piala Bardhan peringkat separuh akhir pertama telah berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 5hb Disember 2009. Perlawanan ini telah menemukan pasukan Perak dengan pasukan Kuala Lumpur.

Pasukan Perak telah menewaskan pasukan Kuala Lumpur dengan kemenangan tipis dengan jaringan 2-1.

Pegawai-pegawai perlawanan yang telah ditugaskan untuk perlawanan ini adalah :
Pengadil : Lee Chong Sheng
Penolong Pengadil 1 : Mohd Abdul Suki Bin Said
Penolong Pengadil 2 : Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
Pegawai Keempat : Asmadi Bin Noor Hasni
Penilai Pengadil : Mohd Rossli Bin Haji Ibrahim

23 November 2009

Piala Bardhan (21/11/2009)

Pada 21hb November 2009, bertempat di Stadium Perak, Ipoh telah berlangsungnya perlawanan Piala Bardhan. Perlawanan tersebut telah menemukan antara pasukan Perak menentang pasukan Pulau Pinang.

Pada perlawanan ini pasukan Perak telah menumpaskan pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 4-0.

Diantara pegawai-pegawai perlawanan yang bertugas adalah :
Pengadil : Asmadi Noor Hasni
Penolong Pengadil 1 : Idzha Salim
Penolong Pengadil 2 : Mohd Shahril Abu Seman
Pegawai Keempat : Krishnan Ramachandran
Penilai Pengadil : Haji Anuar Salim Abdul Moen










Para tetamu kehormat daripada Persatuan Bolasepak India Perak

Aksi-aksi semasa perlawanan






















Sebaik sahaja tamat perlawanan