23 September 2010

Perjumpaan Setiausaha Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Daerah dan Pengadil Kebangsaan

Adalah dimaklumkan bahawa Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Negeri Perak, Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen akan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Bolasepak Daerah dan Pengadil Kebangsaan Negeri Perak pada tarikh, masa dan tempat seperti butiran berikut :

Tarikh : 25hb September 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Pejabat Persatuan Bolasepak Perak
Masa : 2.30 petang

Kepada sesiapa yang terlibat harap dapat hadir pada perjumpaan tersebut. Dipohon kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat memberitahu kepada rakan-rakan yang belum mengetahui lagi. Harap maklum.

HAJI ANUAR SALIM BIN ABDUL MOEN
PEGAWAI PEMBANGUNAN PENGADIL BOLASEPAK NEGERI PERAK
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGADIL BOLASEPAK NEGERI PERAK

07 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431



Ipohref ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri Ipohref dan juga kepada yang melayari blog ini. Ipohref memohon seribu kemaafan daripada semua sekiranya ada yang tersinggung dengan perbuatan, tingkah laku dan tutur kata Ipohref selama ini.
Maaf Zahir dan Batin..

Is he blind...?

The Bastard in Black

The Bastard in Black
This referee seems to be completely blind!
JavaScript is disabled! To display this content, you need a JavaScript...

06 September 2010

Peperiksaan Pengadil Kelas II FAM 2010

Adalah dimaklumkan bahawa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan peperiksaan bertulis Pengadil Kelas II FAM bagi tahun 2010 pada 24hb Oktober 2010 (Ahad)secara serentak di tiga pusat peperiksaan iaitu di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, calon-calon yang layak untuk menduduki peperiksaan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

a. Umur kurang dari 35 tahun pada 1hb Januari 2010.

b. Walau bagaimanapun calon yang berumur lebih daripada 35 tahun dan kurang dari 40 tahun boleh mengambil peperiksaan tersebut tetapi tertakluk kepada keperluan dan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia.

c. Lulus minima peperiksaan bertulis pengadil Kelas III FAM pada tahun 2009 atau sebelumnya dan mestilah aktif diperingkat negeri.

d. Yuran peperiksaan berjumlah RM50.00 bagi setiap calon hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri sebelum 5hb Oktober 2010

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen di talian 019-408 2626 atau Encik Mohd Jamil Bin Zakaria di talian 019-559 0426.