06 September 2010

Peperiksaan Pengadil Kelas II FAM 2010

Adalah dimaklumkan bahawa, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan peperiksaan bertulis Pengadil Kelas II FAM bagi tahun 2010 pada 24hb Oktober 2010 (Ahad)secara serentak di tiga pusat peperiksaan iaitu di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, calon-calon yang layak untuk menduduki peperiksaan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut;

a. Umur kurang dari 35 tahun pada 1hb Januari 2010.

b. Walau bagaimanapun calon yang berumur lebih daripada 35 tahun dan kurang dari 40 tahun boleh mengambil peperiksaan tersebut tetapi tertakluk kepada keperluan dan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia.

c. Lulus minima peperiksaan bertulis pengadil Kelas III FAM pada tahun 2009 atau sebelumnya dan mestilah aktif diperingkat negeri.

d. Yuran peperiksaan berjumlah RM50.00 bagi setiap calon hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri sebelum 5hb Oktober 2010

Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen di talian 019-408 2626 atau Encik Mohd Jamil Bin Zakaria di talian 019-559 0426.

No comments:

Post a Comment