23 September 2010

Perjumpaan Setiausaha Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Daerah dan Pengadil Kebangsaan

Adalah dimaklumkan bahawa Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Negeri Perak, Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen akan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Persatuan Bolasepak Daerah, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Bolasepak Daerah dan Pengadil Kebangsaan Negeri Perak pada tarikh, masa dan tempat seperti butiran berikut :

Tarikh : 25hb September 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Pejabat Persatuan Bolasepak Perak
Masa : 2.30 petang

Kepada sesiapa yang terlibat harap dapat hadir pada perjumpaan tersebut. Dipohon kepada sesiapa yang melayari blog ini dapat memberitahu kepada rakan-rakan yang belum mengetahui lagi. Harap maklum.

HAJI ANUAR SALIM BIN ABDUL MOEN
PEGAWAI PEMBANGUNAN PENGADIL BOLASEPAK NEGERI PERAK
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGADIL BOLASEPAK NEGERI PERAK

No comments:

Post a Comment