28 September 2009

Piala Malaysia (26/09/2009)

Kini kempen Piala Malaysia telah bermula. Sepak mula telah berlangsung pada 26/09/2009 di beberapa venue antaranya di Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak dan Selangor.

Pada 26/09/2009, Ipohref telah ke salah satu venue iaitu di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Perlawanan di sana telah membabitkan pertemuan di antara pasukan Pulau Pinang bertemu dengan pasukan Kelantan yang mana pasukan Kelantan telah memenangani perlawanan tersebut dengan keputusan 1 - 2.

Perlawanan tersebut telah diadili oleh pegawai-pegawai berikut :
Pengadil : Noor Anuar Bin Abdullah Shani
Penolong Pengadil 1 : Awang Keri Bin Awang Zain
Penolong Pengadil 2 : Ahmad Zani Bin Wan Lah
Pegawai Keempat : Muralinthran A/L Ramanujam
Penilai Pengadil : Md Isa Abu Seman



Pengadil dan Pembantu Pengadil sedang melakukan sessi memanas badan dan regagan










Pegawai Keempat sedang berbincang dengan Penilai Pengadil


Pengadil sedang memberi taklimat kepada Pembantu Pengadil dan Pegawai Keempat










Para pegawai perlawanan sedang menanti ketibaan Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang


Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sedang menuju ke padang permainan untuk diperkenalkan kepada para pemain dan pegawai perlawanan


Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang diperkenalkan kepada pegawai perlawanan


























Tamat separuh masa pertama


















Tamat perlawanan






Sedang berbincang untuk menyiapkan laporan perlawanan

18 September 2009

Salam Eidul Fitri



Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin sekiranya saya telah menyinggung perasaan sesiapa dengan tutur kata dan tingkah laku saya.

Silalah ke rumah saya selepas hari raya yang ketiga yang beralamat di No 272, Jalan Perpaduan Selatan D, Taman Tambun Emas, Ulu Kinta.

Kepada pungunjung-pengunjung blog ini, anda bolehlah membuat ucapan hari raya kepada rakan-rakan pengadil.

Buat rakan-rakan pengadil, walaupun kita menyambut hari raya tapi jangan lupa untuk meneruskan latihan.

14 September 2009

Piala MCFA

Perlawanan separuh akhir kedua Piala MCFA telah berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 13hb September 2009. Perlawanan ini telah membabitkan pertemuan diantara pasukan Perak Chinese bertemu dengan pasukan Pulau Pinang Chinese.

Pada perlawanan ini pasukan Perak Chinese telah menewaskan pasukan Pulau Pinang Chinese dengan jaringan 2-1. Walaubagaimanapun pasukan Perak Chinese gagal untuk mara ke perlawanan akhir kerana mereka kecundang dengan aggregate 2-3. Tahniah diucapkan kepada pasukan Pulau Pinang Chinese.

Pegawai-pegawai perlawanan yang telah terlibat di dalam perlawanan ini adalah :
Pengadil : Lee Chong Sheng
Penolong Pengadil 1 : Idzha Bin Salim
Penolong Pengadil 2 : Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
Pegawai Keempat : Sew Tian Hu
Penilai Pengadil : Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen









































Terima kasih Ipohref ucapkan kepada saudara Nursulastri kerana sudi menjadi jurugambar.