28 July 2009

Karnival PFRS

Karnival Persatuan Pengadil Bolasepak Perak (PFRS) telah berlangsung selama 3 hari mulai daripada 24hb Julai 2009 hingga 26hb Julai 2009 bertempat di sekitar Bandaraya Ipoh. Tuan rumah bagi karnival ini adalah Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah.

Antara kontingen-kontingen yang telah mengambil bahagian di dalam karnival ini adalah :
1) Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah
2) Persatuan Pengadil Bolasepak Hilir Perak
3) Persatuan Pengadil Bolasepak Kerian
4) Persatuan Pengadil Bolasepak Kuala Kangsar

Persatuan Pengadil Bolasepak Ipoh tidak mengambil bahagian kerana pada awalnya ramai di kalangan ahli terlibat dalam perlawanan Liga Malaysia pada 24hb Julai 2009 dan 25hb Julai 2009 dan Liga Kinta. Namun pada saat-saat akhir Liga Malaysia telah dibatalkan. Oleh kerana itu persiapan untuk mengambil bahagian dalam karnival pada saat-saat akhir tidak dapat disempurnakan. Walaubagaimanapun ahli-ahli persatuan tetap juga turun padang untuk memberi bantuan dan sokongan kepada rakan-rakan yang terlibat dengan karnival.

Sebanyak 3 acara yang telah dipertandingkan iaitu larian, kuiz dan futsal. Keputusan-keputusan bagi 3 acara tersebut adalah seperti berikut :

Larian
Johan : Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah
Naib Johan : Persatuan Pengadil Bolasepak Hilir Perak
Tempat Ke-3 : Persatuan Pengadil Bolasepak Kerian


Kuiz
Johan : Persatuan Pengadil Bolasepak Kerian
Naib Johan : Persatuan Pengadil Bolasepak Hilir Perak
Tempat Ke-3 : Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah


Futsal
Johan : Persatuan Pengadil Bolasepak Kerian
Naib Johan : Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah
Tempat Ke-3 : Persatuan Pengadil Bolasepak Hilir Perak

Berikut adalah aturcara karnival tersebut :

24hb Julai 2009
10.00am - Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan diadakan di Institut Latihan Perindustrian, Jelapang.







5.00pm - Acara larian diadakan di sekitar Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

































8.30pm - Acara kuiz diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh.





















25hb Julai 2009
10.00am - Mesyuarat agung diadakan di Hotel Majestic, Ipoh.





















2.00pm - Acara futsal diadakan di Sports Planet, Menglembu, Ipoh.

8.30pm - Jamuan makan malam diadakan di Institut Latihan Perindustrian, Jelapang.


















Penari kebudayaan Selendang Perak


Ucapan daripada Encik P. Samasuvam Yang DiPertua Persatuan Pengadil Bolasepak Kinta Tengah


Ucapan daripada Encik Mohd Jamil Zakaria Yang DiPertua Persatuan Pengadil Bolasepak Perak


Ucapan dan perasmian daripada Dato Haji Nadzri Bin Ismail ADUN Kawasan Manjoi


Encik Mohd Rossli Bin Haji Ibrahim penerima Anugerah Jasamu Dikenang










Bakat yang terpendam....






Bakal pengganti siapa haaa.....




Macam dalam cerita Man laksa pulak, siap dukung anak lagi.....

26hb Julai 2009
10.00am - Aktiviti bersantai sambil bermain bola tampar di gelanggang bola tampar FRU, Ipoh.

12.00pm - Bersurai.