Tarikh : 5hb Julai 2009
Tempat : Padang Taman Dr Seenivasagam, Ipoh
Masa 5.00pm
MIC Batu 5 'B' LWN (5)
KDSK Sitiawan (2)
Pegawai-pegawai perlawanan :
Pengadil : Lee Chong Sheng
Penolong Pengadil 1 : Mohd Abdul Suki Said
Penolong Pengadil 2 : Nursulastry Saaidin
Pegawai Ke-4 : Nor Azizi Talib
Penilai Pengadil : Haji Abdul Samat Alang Yasin
Curi ambil gambar yeee.....
Tamat separuh masa pertama
Kesian Nursulastry..... Dahaganya.....
Pengadil bodo, pengadil kayu, pengadil makan suap, pengadil kelabu asap, pengadil samdol, pengadil cinabeng, pengadil rasuah....
ReplyDeleteItu sebahagian daripada kata-kata yang sering kita dengar bila kita bertandang ke stadium. Lebih-lebih lagi stadium di Malaysia ini.
Apa puncanya mereka menghamburkan kata-kata kesat sedimikian? Mereka tidak faham undang-undang atau mereka sengaja seronok untuk berkata apa yang mereka suka? Atau apakah ada kebenarannya kata-kata mereka itu?
Sebenarnya, salah satu puncanya ialah sikap pengadil itu sendiri yang membuka ruang bagi mereka untuk memaki hamun anda.
Satu contoh yang mudah dan memang benar-benar berlaku berlaku dalam Liga M....
Pemain no 10 dari pasukan A menakik pemain no 3 pasukan B, ketika off ball situation dan di tengah padang. No 3 bertindak balas dengan menampar no 10. Pengadil meneruskan permainan kerana bola dapat dikawal oleh pasukan B di bulatan tengah padang.
Seketika kemudian bola datang semula menuju kepada no 10 tadi. No 3 mengambil peluang untuk bertindak balas dengan menyiku no 10 pula. Pengadil memberhentikan permainan dan terus bagi kad kuning kepada No. 10 manakala no. 3 terlepas dari sebarang tindangkan.
Member-member no. 10 menyerbu pengadil. Pegawai pasukan pula memaki hamun dengan kata-kata seperti yang dinyatakan di atas.
Mengapa perkara ini berlaku dan patutkah pegawai pasukan memaki hamun pengadil?
Perkara ini berlaku kerana pengadil itu memang betul-betul kayu. Yang kena siku dibagi kad. yang menyiku lepas.
ReplyDeleteMaki hamun memang layak diberi kepada pengadil jenis ini
Kadang-kadang yang sering maki hamun pengadil adalah di kalangan orang yang tidak faham akan undang-undang bola sepak tetapi berlagak seperti terlalu arif akan undang-undang bola sepak. Dan ada juga yang memang hobinya apabila bertandang ke stadium suka menjerit seperti orang yang hilang perimbangan / hilang akal.
ReplyDeleteSeperti kes yang dibangkitkan oleh "anonymous" yang pertama, saya rasa beliau melihat insiden tersebut melalui pandangan yang jauh.
Tetapi kita perlu ingat pengadil adalah orang yang paling hampir dengan insiden dan saya juga tidak menafikan bahawa pengadil juga boleh melakukan kesilapan. Sekiranya "anonymous" yang pertama adalah seorang pengadil beliau seharusnya faham akan situasi insiden tersebut. Pelbagai perkara boleh berlaku di dalam insiden tersebut.