27 July 2009

Keputusan Peperiksaan FAM 1 (Kebangsaan)

Seramai 8 orang dari negeri Perak telah lulus di dalam ujian bertulis peperiksaan pengadil kebangsaan 2008 yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 13hb Disember 2008.

Senarai-senarai yang telah lulus adalah :
1) Ahmaad Nizam Bin Zon
2) Abdul Halim Bin Mohd Ramlan
3) Amiruddin Bin Mohd Rhazali
4) Mohd Azizul Nizam Bin Kasri
5) Mohd Fairuzi Bin Md. Desa
6) Razali Bin Abu Bakar
7) Shahrul Niza Bin Mohd. Ali
8) Yahaya Putra Bin Ahmad Khalid

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah lulus dan diharapkan mereka semua akan berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian kecergasan FAM yang sebenarnya.

3 comments:

  1. Tuan,

    Saya pengadil baru dari Brunei. Timbul beberapa pertanyaan dalam kepala saya bila saya tengok game live Selangor lwn Pahang. Harap tuan dapat bagi penjelasan mengenai 3 insiden dlm game tersebut kerana yang diajar kepada saya adalah lain tetapi keputusan pengadil malam itu lain pula. Ini memeningkan kepala saya kerana pengadil Fifa itu buat keputusan lain drp yang pernah diajar kepada saya:-

    1. Penjaring gol pahang (minit ke-13.50) tutup muka dengan jersi . Adakah skrg undang-undang baru tak perlu bagi kad kuning?

    2. Penalti untuk Selangor minit ke 16.52. Adakah memadai dengan hanya bagi penalti dan tidak dengan kad merah kepada penjaga gol pahang?

    3. Gol ketiga selangor minit ke 43.05. Apakah 4 pemain selangor yang ofside itu tidak boleh dianggap ofside?

    Harap tuan dapat bagi jawapan berdasarkan perlawanan itu. sila tengok balik video di http://www.bolatoday.com/2009/07/selangor-5-pahang-1-malaysia-super.html


    Terima kasih.

    Awang Bachtiar

    ReplyDelete
  2. Saudara Awang,

    Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi melayari blog ini.

    Mengenai 3 insiden yang berlaku tersebut saya tidak dapat memberi penjelasan sekarang kerana saya tidak menonton perlawanan tersebut. Tetapi saya akan cuba juga memberi penjelasan selepas saya menonton video dari laman web yang saudara berikan itu.

    Sekiranya saya mushykil dengan insiden tersebut saya akan mendapatkan penjelasan daripada pengadil-pengadil senior yang menonton perlawanan tersebut.

    Kalau tidak menjadi keberatan kepada saudara Awang, boleh tak beri alamat e-mail saudara kepada saya.

    ReplyDelete
  3. Kepada sesiapa yang telah menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung tidak kira sama ada di stadium ataupun melalui kaca tv, saya harap saudara / saudari dapat memberi penjelasan kepada saudara Awang dari Brunei.

    Saya juga akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu memberi penjelasan kepada saudara Awang.

    ReplyDelete