Menyaksikan perlawanan pembukaan bolasepak di antara jabatan di Meeru Island Resort, Maldives. Terdapat lima pasukan yang terdiri daripada kakitangan resort ini. Resort ini mempunyai 500 orang kakitangan yang diberi kemudahan penginapan, makan dan tempat minum 'free of charge'. Boleh minum teh tarik dengan kawan-kawan sambil menonton TV atau main indoor games. Kemudahan sukan termasuk satu padang bolasepak turf (cantik!!! - lihat gambar), gelanggang tenis, gym, swimming pool, golf driving range dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan berasingan untuk kakitangan dan pelanggan. Sedang dibina juga kolam renang untuk kakitangan. Resort ini adalah Johan tenis dan kriket antara resort di Maldives. Bilik di antara USD 85 hingga USD300 disediakan. Perlawanan bolasepak ada juga 'standard'nya walaupun dimainkan di anatara staf kerana ada juga di kalangan pemain-pemain yang mewakili Atoll (kumpulan pulau). Suatu pengalaman yang menakjubkan!
No comments:
Post a Comment