26 October 2009

Ujian Kecergasan

Pada 25hb Oktober 2009, bertempat di Stadium Perak, Ipoh telah diadakan ujian kecergasan bagi pengadil yang baru lulus ujian teori kebangsaan. Seramai 8 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam ujian kecergasan tersebut. Peserta dari negeri Perak adalah seramai 7 orang manakala peserta dari negeri Pulau Pinang hanya seorang sahaja yang mengambil bahagian.

Peserta dari negeri Perak adalah :
1) Ahmad Nizam Bin Zon
2) Abdul Halim Bin Mohd Ramlan
3) Amiruddin Bin Mohd Rhazali
4) Mohd Azizul Nizam Bin Kasri
5) Mohd Fairuzi Bin Md. Desa
6) Razali Bin Abu Bakar
7) Shahrul Niza Bin Mohd. Ali
Peserta dari negeri Pulau Pinang pula adalah :
1) Mohamad Rizal Bin Mohd Rahim

Pegawai-pegawai yang bertugas adalah :
1) Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen (Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Perak)
2) Nasarudin Bin Ishak (Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri Pulau Pinang)
3) Haji Abdul Samat Bin Alang Yasin
4) Mohd Rossli Bin Haji Ibrahim
5) Noor Anuar Bin Abdullah Shani
6) Asmadi Bin Noor Hasni

Hanya 3 orang peserta sahaja yang lulus di dalam ujian kecergasan tersebut iaitu Abdul Halim Bin Mohd Ramlan, Mohd Fairuzi Bin Md. Desa dari negeri Perak dan Mohd Rizal Bin Md Rahim dari negeri Pulau Pinang.
Selain daripada peserta, pengadil kebangsaan dari negeri Perak yang lain juga turut sama membantu.


Bakal Pengadil Kebangsaan

Memanas badan dan melakukan regangan














Pegawai yang bertugas















Haji Anuar Salim sedang memberi taklimat dan penerangan mengenai ujian kecergasan

Semasa acara larian pecut (6 X 40m - 6.4 saat)
























Semasa acara larian intermitent (20 X 150m)
















Selepas tamat ujian kecergasan








Ipohref mengucapkan tahniah kepada yang telah lulus ujian kecergasan terutama kepada Mohd Fairuzi Bin Md. Desa kerana berjaya menamatkan 12 pusingan dan bersiap sedia pula untuk menghadapi ujian praktikal. Kepada yang gagal jangan berputus asa, berlatih dengan lebih gigih lagi.

Buat Muhammad Nazmi Bin Nasarudin, tahniah diucapkan kerana berjaya menamatkan 12 pusingan walaupun beliau sekadar mengikuti ujian kecergasan sebagai persediaan sebelum ke Sabah.

No comments:

Post a Comment