11 January 2010

Ujian Kecergasan Pengadil Perak 2010

Persatuan Bolasepak Perak telah mengadakan ujian kecergasan bagi pengadil-pengadil yang berdaftar bagi tahun 2010 pada 10hb Januari 2010 bertempat di Stadium Perak, Ipoh.

Walaupun keadaan cuaca yang hujan pada awalnya, ujian kecergasan tersebut tetap juga dilaksanakan dan berjalan seperti yang dirancang.

Ujian tersebut hanya dijalankan untuk pengadil kelas 3 FAM dan yang berdaftar sahaja, namun pengadil kebangsaan yang ingin turut serta dialu-alukan. Pengadil kebangsaan yang tidak turut serta berlari dikehendaki hadir dan membantu mengendalikan ujian tersebut sambil memberi sokongan moral kepada pengadil-pengadil yang menjalani ujian tersebut.

Selepas acara ujian kecergasan tersebut tamat, Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen selaku Pengerusi Pengadil Perak dan Pegawai Pembangunan Pengadil Perak dan Encik Jamil Bin Zakaria selaku Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Perak dan Ahli Jawatankuasa Pengadil Perak telah memberi taklimat berhubung dengan pertandingan Piala Presiden Perak FA yang akan berlangsung pada 16hb Januari 2010 di serata daerah di negeri Perak.

Kepada mereka yang telah lulus ujian tersebut, tahniah diucapkan dan kepada yang gagal, jangan berputus asa, teruskan latihan dan berusaha lagi.

Buat saudara Abdul Halim dan Mohd Fairuzi, tahniah diucapkan kerana telah lulus ujian kecergasan peringkat kebangsaan pada 10hb Januari 2010 yang telah dijalankan di Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur.

Berkut adalah beberapa aksi-aksi semasa ujian kecergasan dan taklimat di Stadium Perak :

























































































Inilah barisan pengadil kebangsaan dan penilai pengadil negeri Perak bagi tahun 2010

No comments:

Post a Comment