25 May 2010
LIga Super (22hb Mei 2010)
Pada 22hb Mei 2010, Liga Super di Ipoh telah menemukan antara pasukan Perak bertemu dengan pasukan Johor, di mana pasukan Perak telah menewaskan pasukan Johor dengan jaringan 2-0.
Perlawanan ini telah diadili oleh saudara Subkhiddin Haji Mohd Salleh selaku Pengadil. Beliau telah dibantu oleh saudara Mohd Sabri Mat Daud selaku Penolong Pengadil 1, saudara M. Sivanesan selaku Penolong Pengadil 2 dan saudara R.Krishnan selaku Pegawai Keempat. Manakala saudara Kassim Kadir Bacha telah ditugaskan sebagai Penilai Pengadil.
Perlawanan ini merupakan perlawanan peringkat kebangsaan terakhir buat saudara Subkhiddin sebelum beliau berangkat ke Afrika bagi mengadili Piala Dunia 2010.
Berikut adalah beberapa aksi-aksi saudara Subkhiddin bersama-sama dengan pembantu beliau ketika mengadili perlawanan diantara pasukan Perak bertemu dengan pasukan Johor :
Tamat separuh masa pertama
Saudara Abd Rais Bin Shaarani selaku General Coordinator di Perak
Tamat sudah permainan
Rakan-rakan pengadil yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut
Haji Anuar Salim dan Jamil Zakaria
Selepas selesai perlawanan di Stadium Perak, Ipoh satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan saudara Subkhiddin yang akan berangkat ke Afrika untuk mengadili Piala Dunia 2010 di Restoran Dee Jay Arr.
Ucapan daripada pengerusi majlis saudara Ajam Bin Suhud
Ucapan daripada saudara Mohd Jamil Bin Zakaria
Buat saudara Subkhiddin, Ipohref mengucapkan tahniah sekali lagi kerana membawa bendera Malaysia ke pentas Piala Dunia di Afrika. Selamat berangkat dan bertugas di Afrika.
"For The World For The Game"
04 May 2010
Mesyuarat Agung Kali Ke-20
Persatuan Pengadil-Pengadil Bolasepak Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-20 pada 29hb April 2010 di Restoran Ipoh Chicken Rice di Jalan Sultan Abdul Aziz, Ipoh.
Antara ahli jawatankuasa baru yang telah terpilih adalah :
Yang Dipertua : Encik Amir Sharifuddin Wong Bin Abdullah, P.J.K.
Naib Yang Dipertua 1 : Encik Zainal Bin Haji Zakaria, P.P.T.
Naib Yang Dipertua 2 : Encik Saiful Baharin Bin Hassan
Setiausaha Kehormat : Encik Noor Anuar Bin Abdullah Shani
Penolong Setiausaha : Encik Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian
Bendahari : Haji Abdul Samat Bin Alang Yasin
Ahli Jawatankuasa :
1) Encik Abdul Hamid Bin Awang Ahmad
2) Encik Jesudas A/L Arokiyasamy
3) Encik Mohd Subehi Bin Md. Sadan
4) Encik Sew Tian Hu
5) Encik Rosdi Bin Shaharul
6) Encik Asmadi Bin Noor Hasni
7) Encik Lee Chong Sheng
Juru Audit :
1) Encik Mohd Anan Bin Othman
2) Encik Mohd Amirul Izwan Bin Yaacob
Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa baru yang telah terpilih.
Majlis makan sebelum bermula mesyuarat
Semasa perjalanan mesyuarat
Terima kasih kepada saudara Noor Anuar Bin Abdullah Shani kerana mengambil gambar-gambar perjalanan mesyuarat.

Subscribe to:
Posts (Atom)