25 May 2010

LIga Super (22hb Mei 2010)



Pada 22hb Mei 2010, Liga Super di Ipoh telah menemukan antara pasukan Perak bertemu dengan pasukan Johor, di mana pasukan Perak telah menewaskan pasukan Johor dengan jaringan 2-0.

Perlawanan ini telah diadili oleh saudara Subkhiddin Haji Mohd Salleh selaku Pengadil. Beliau telah dibantu oleh saudara Mohd Sabri Mat Daud selaku Penolong Pengadil 1, saudara M. Sivanesan selaku Penolong Pengadil 2 dan saudara R.Krishnan selaku Pegawai Keempat. Manakala saudara Kassim Kadir Bacha telah ditugaskan sebagai Penilai Pengadil.

Perlawanan ini merupakan perlawanan peringkat kebangsaan terakhir buat saudara Subkhiddin sebelum beliau berangkat ke Afrika bagi mengadili Piala Dunia 2010.

Berikut adalah beberapa aksi-aksi saudara Subkhiddin bersama-sama dengan pembantu beliau ketika mengadili perlawanan diantara pasukan Perak bertemu dengan pasukan Johor :



















Tamat separuh masa pertama


Saudara Abd Rais Bin Shaarani selaku General Coordinator di Perak
























Tamat sudah permainan


Rakan-rakan pengadil yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut


Haji Anuar Salim dan Jamil Zakaria

Selepas selesai perlawanan di Stadium Perak, Ipoh satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan saudara Subkhiddin yang akan berangkat ke Afrika untuk mengadili Piala Dunia 2010 di Restoran Dee Jay Arr.

Ucapan daripada pengerusi majlis saudara Ajam Bin Suhud






Ucapan daripada saudara Mohd Jamil Bin Zakaria













Buat saudara Subkhiddin, Ipohref mengucapkan tahniah sekali lagi kerana membawa bendera Malaysia ke pentas Piala Dunia di Afrika. Selamat berangkat dan bertugas di Afrika.
"For The World For The Game"

No comments:

Post a Comment