22 June 2010

SUKMA dan Kursus Potensi FIFA 2010

Pada kejohanan SUKMA 2010 yang berlangsung di Melaka bermula daripada 7hb Jun 2010 hingga 18hb Jun 2010 yang lalu, saudara Asmadi Bin Noor Hasni dan saudara Mohd Shahril Bin Abu Seman telah dilantik untuk mengadili perlawanan bolasepak mewakili pegawai perlawanan dari negeri Perak. Manakala Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen dan saudara Mohd Jamil Bin Zakaria telah dilantik sebagai Penilai Pengadil pada kejohanan tersebut.

Selain daripada kejohanan SUKMA, Kursus Potensi FIFA juga telah diadakan di sana bermula daripada 11hb Jun 2010 hingga 16hb Jun 2010. Saudara Asmadi Bin Noor Hasni, saudara Mohd Amirul Izwan Bin Yaacob dan saudara Dennis Anak Sayeng telah dipilih mengikuti kursus tersebut. Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen dan saudara Mohd Jamil Bin Zakaria juga telah terlibat dengan kursus tersebut sebagai juru arah.








Selain daripada kursus untuk pengadil, kursus untuk penilai pengadil juga telah diadakan disana yang bermula daripada 17hb Jun 2010 hingga 19hb Jun 2010. Untuk kursus ini mereka yang telah terlibat daripada negeri Perak adalah Haji Anuar Salim Bin Abdul Moen, saudara Mohd Jamil Bin Zakaria, saudara Noor Anuar Bin Abdullah Shani dan saudara Krishnan A/L Ramachandran.

Ipohref mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah terlibat dengan kejohanan SUKMA dan kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh FIFA.

No comments:

Post a Comment