Interpretasi dan aplikasi undang-undang ini perlu diteliti oleh pengadil terutama yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Ini adalah kerana pindaan kepada Undang-undang Ofsaid membezakan interpretasi dan pelaksanaan yang telah kita amalkan selama ini.
Suatu hantaran dibuat oleh penyerang kepada rakannya yang berada di kedudukan ofsaid tetapi bola telah ditahan dengan tangan oleh pemain pertahanan atau bola yang ditahan dengan tangan itu melantun (deflected) kepada pemain yang berada di kedudukan ofsaid. Adakah kesalahan 'handball' atau ofsaid dihukum?
Perbezaan situasi sama ada kesalahan tangan itu mengelakkan bola pergi ke pemain yang ofsaid atau kesalahan tangan itu berhasil dengan pemain ofsaid memainkan bola. Intepretasi lama menghukum ofsaid kerana ia berlaku terlebih dahulu dan pemain yang bersalah memainkan bola dengan tangan diberi amaran kerana tidak bersemangat sukan. Interpretasi ini tidak boleh diamalkan lagi kerana pindaaan undang-undang ofsaid menyatakan bahawa pemain yang berada di kedudukan ofsaid tidak boleh dihukum selagi dia tidak mengganggu permainan, mengganggu pemain lawan atau mendapat keuntungan dari kedudukannya. Oleh itu, kesalahan ofsaid tidak berlaku. (Bendera penolong pengadil tidak harus dikibarkan sama ada bola melantun ke pemain yang berdudukan ofsaid atau tidak). Dalam situasi ini, kesalahan tangan hendaklah dihukum.
Dalam situasi berlainan, jika pemain membuat hantaran tetapi bola melantun dari pemain pertahanan yang cuba menampan bola kepada rakannya yang berkedudukan ofsaid. Maka kesalahan ofsaid hendaklah dihukum kerana pemain yang berkedudukan ofsaid itu mengganggu permainan atau mendapat keuntungan dari kedudukannya.
No comments:
Post a Comment