Perasmian terpaksa dimulakan lewat 30 minit kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat dan petir yang kuat.
Perlawanan telah diadili oleh Lee Chong Sheng sebagai Pengadil, Idzha Salim sebagai Penolong Pengadil I, Ahmad Azanor Huslan Ahmad Zanian sebagai Penolong Pengadil II dan Mohd Abdul Suki Said sebagai Pegawai Ke-4. Manakala Penilai Pengadil pula adalah Mohd Rossli Haji Ibrahim.
Perlawanan pembukaan telah dimenangi oleh pasukan KSR Tasek dengan jaringan 0-1. Perlawanan tersebut sungguh dramatik kerana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan permainan yang keras ditonjolkan oleh pemain-pemain dari kedua-dua pasukan.
Walaubagaimanapun perlawanan tersebut dapat dikawal oleh Pengadil dengan baik sekali. Tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai yang mengadili perlawanan tersebut.
No comments:
Post a Comment