Keganasan yang menular ke dalam permainan bolasepak memerlukan pengadil bertindak lebih tegas terhadapnya. Pengadil yang cemerlang bijak menghidu kemungkinan berlakunya kejadian sedemikian. Ini adalah bagi menjamin keselamatan pemain supaya mereka diberi kebebasan untuk mempamerkan keistimewaan kemahirannya.
Pengadil yang bertauliah tahu bahawa kad merah dilayangkan untuk menyekat permainan amat bahaya atau kelakuan pemain yang ganas, tindakan biadap dengan pengadil dengan geraklaku atau meludah kepada orang lain, percubaan menggagalkan peluang jaringan gol yang jelas sama ada dengan memegang bola ataupun kesalahan-kesalahan lain. Pemain yang menerima kad kuning kedua juga terpaksa diperintah keluar. Sering kali pengadil yang khuatir dengan kejadian-kejadian ini bertindak dengan menghukum setiap kesalahan yang dilihat sehingga keseronokan (pleasure) permainan dimatikan. Ini dilakukan tanpa menghiraukan berlakunya advantej kepada pasukan yang dikasari. Pengadil yang tidak menghiraukan kekasaran yang remeh ketika berlakunya 'flow' dalam permainan adalah lebih cemerlang kerana sentiasa mengutamakan keseronokan permainan bolasepak kepada penonton.
Kad merah diberikan kepada pemain yang bersalah kerana menggunakan kuasa yang berlebihan atau mempamerkan keganasan (brutality) terhadap pemain lain. Apabila sesuatu takel yang membahayakan keselamatan pemain lain, ia harus dihukum dengan kad merah kerana bermain dengan amat kasar. Bagi semua insiden yang patut diberi kad merah atau pemain diperintah keluar advantej tidak boleh dimainkan KECUALI jika berlakunya peluang jaringan yang jelas.
Kepada rakan pengadil, "know your laws, the interpretation and implementation and also the spirit of the laws" bertindak dengan bijak, tegas tanpa was-was, maka keputusan anda akan dihormati oleh semua.
Terima kasih cikgu kerana sudi masukkan artikel ke dalam blog ini.
ReplyDeleteMudah-mudahan artikel yang cikgu masukkan akan memberi manfaat kepada seluruh warga pengadil.